Selamat Tinggal Bentley Mulsanne
Pengeluaran Bentley Mulsanne akan dihentikan tidak lama lagi tetapi sebelum itu berlaku, Bentley memperkenalkan model edisi terhad ‘6.75 Edition’.
Dinamakan sempena enjin 6.75-liter V8 yang telah digunakan pada pelbagai model Bentley (termasuk Mulsanne) sejak 60 tahun lalu, Mulsanne 6.75 Edition ini terhad kepada 30 unit sahaja.
Menurut Bentley, tempat Mulsanne sebagai sedan flagship jenama itu akan diambil alih oleh Flying Spur yang disahkan akan tampil dengan enjin hibrid.
Menggunakan Mulsanne Speed sebagai asas, 6.75 Edition tampil dengan kemasan krom pada lampu hadapan dan belakang, serta kemasan hitam pada logo Flying B di atas hud, jeriji dan muncung ekzos.
Di bawah hud, enjin V8 tersebut menampilkan intake manifold yang berwarna hitam dan bukannya perak seperti yang terdapat pada model biasa. Enjin ini menjana 530 hp dan 1,100 Nm.
Di dalam kabin pula terdapat sulaman “6.75 Edition” pada tempat duduk, serta corak bermotifkan enjin pada muka jam. Buka pintu dan lambang yang sama akan dipancarkan pada tanah.
Bukan itu sahaja, kawalan corong pendingin hawa mempunyai rekaan yang sama dengan penutup minyak enjin. Pelanggan boleh memilih empat warna upholsteri iaitu Imperial Blue, Beluga, Fireglow dan Newmarket Tan.
No Comment