Tawaran Menarik Untuk BMW dan MINI Sempena Tahun Baru Cina
BMW Group Malaysia menyambut Tahun Baharu Cina dengan tawaran tawaran menarik, rebat tunai dan solusi pembiayaan yang meliputi pelbagai model BMW dan MINI di kesemua wakil pengedar bertauliah di seluruh negara.
Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu dapat menikmati faedah pembiayaan 1.38% untuk 530e M Sport dan 1.88% untuk model-model seperti 330i M Sport, 530i M Sport, 520i Luxury, 740Le xDrive LCI, 630i GT, X1 sDrive20i, X3 xDrive30i Luxury dan X3 xDrive30i M Sport.
Sepanjang tempoh ini, pemilik baharu 330i M Sport juga akan diberikan liputan Program Perlindungan Terunggul BMW (BMW Ultimate Protection Programme) untuk tempoh setahun secara percuma.
Pemilik model-model lain yang dinyatakan di atas juga dapat menikmati tawaran yang sama, dengan manfaat tambahan berupa liputan percuma Insurans Komprehensif BMW (BMW Comprehensive Insurance) selama setahun.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli 530e M Sport atau 740Le xDrive LCI mulai hari ini hingga 31 Mac 2020 akan membawa pulang BMW i Wallbox serta kad BMW ChargeNow secara percuma.
MINI Malaysia turut serta dengan tawaran musim perayaan mereka sendiri sempena Tahun Baharu Cina ini. Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik MINI baharu dapat menikmati pembiayaan ansuran bulanan bermula daripada RM2,388 sebulan dan rebat tunai di antara RM8,000 hingga RM22,000 bagi model-model yang terpilih.
Tambahan lagi, jemputan eksklusif ke MINI Track Driving Experience yang dinanti-nantikan juga akan diberikan kepada 20 pemilik MINI 3 Door atau 5 Door yang pertama sepanjang kempen tersebut berlangsung.
No Comment