Kadar Tol PLUS Turun 18 Peratus Mulai 1 Februari 2020
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan pelaksanaan penurunan tol sebanyak 18 peratus seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 23 Januari lalu.
Penurunan bayaran tol tersebut akan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam pada 1 Februari 2020 (Sabtu) di semua lebuh raya kendalian PLUS:
- Lebuhraya Utara Selatan
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
- Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
- Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
- Jambatan Pulau Pinang (JPP)
Penurunan Tol ini akan dilaksanakan bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1), Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5) dan kekal sehingga tamat konsesi. Manakala, bayaran tol bagi lori (Kelas 2 & 3) akan kekal pada kadar sedia ada dan tidak akan dinaikkan sehingga tamat Konsesi PLUS pada tahun 2058.
Sila rujuk kepada jadual-jadual di bawah sebagai contoh bayaran tol yang akan dikenakan selepas Penurunan Tol sebanyak 18% dilaksanakan:
Selain itu, pelanggan yang menggunakan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) akan turut menikmati penurunan tol tersebut sebagai tambahan kepada diskaun waktu luar puncak yang sedia ada bagi semua Kenderaan Penumpang (Kelas 1) serta Teksi (Kelas 4) dan Bas (Kelas 5).
Penurunan tol ini juga akan dilaksanakan untuk Kenderaan Penumpang serta Teksi (Kelas 2) dan Bas (Kelas 3, 4 dan 5) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. Bagi kenderaan Kelas 2 dan mereka yang bekerja di Pulau Pinang yang berdaftar dengan PLUS pula akan menikmati penurunan 18 peratus tersebut sebagai tambahan kepada diskaun 20 peratus yang sedia ada.
No Comment