Toyota Sah Akan Hasilkan SUV Kompak Untuk Pasaran Eropah
Toyota akhirnya mengesahkan bahawa ia sedang membangunkan sebuah SUV kompak untuk pasaran Eropah.
Setakat ini, syarikat itu telah menyiarkan satu imej teaser yang menunjukkan bahagian sisi model tersebut, namun nama rasminya serta tarikh pelancaran hanya akan diumumkan kelak.
Seperti Yaris, SUV tersebut akan menggunakan platform TNGA GA-B sebagai asas tetapi ia akan menampilkan reka bentuk dan personaliti yang tersendiri.
Ia akan dibina di kilang yang sama seperti hatchback itu iaitu di Toyota Motor Manufacturing France (TMMF) di Onnaing, berdekatan Valenciennes, Perancis.
No Comment