Hummer Bakal Kembali Sebagai Trak Elektrik
Masih ingat trak Hummer yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi idaman setiap lelaki? Nampaknya, trak ganas itu akan kembali tetapi bukan dengan enjin V8 seperti sebelum ini.
Kali ini, Hummer bakal membuat kemunculan semula sebagai sebuah trak elektrik sepenuhnya di bawah jenama GMC. Dikenali sebagai Hummer EV, ia merupakan kenderaan elektrik pertama GMC dan trak elektrik pertama bagi General Motors (GM).
Buat masa ini, GMC telah menyiarkan beberapa video teaser yang mendedahkan perincian awal seperti output dan prestasi trak elektrik tersebut.
Dengan 1,000 hp dan 15,591 Nm tork, Hummer EV dikatakan mampu memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam hanya 3.0 saat. Bagaimanapun, maklumat seperti kapasiti bateri, tempoh pengecasan dan harga masih belum diketahui.
Apa yang pasti, trak ini akan diperkenalkan sepenuhnya pada 20 Mei 2020 dan akan memasuki pasaran pada tahun hadapan. Ia akan dipasang di kilang Detroit-Hamtramck GM yang terletak di Detroit.
No Comment