Apakah Hak Asasi Anda Apabila Kenderaan Anda Mahu Ditarik
Ekonomi rumah tangga kurang sihat
Zaman sekarang dengan ekonomi bergerak perlahan dan perniagaan dan syarikat semua mengurangkan atau tidak langsung mahu berbelanja, kita rakyat jelata terasa tertekan sedikit sebanyak.
Harga barangan semakin naik dan peluang untuk menambahkan rezeki berkurangan, wang simpanan pula sudah. Stress gila.
Yang menyedihkan lagi ialah ramai di antara kami mempunyai beberapa pinjaman yang di perolehi bertahun dahulu masih perlu di bayar habis samada anda berwang atau tidak. Pihak pemimjam tidak peduli keadaan anda atau keadaan negara. Cuba bantuan di sini.
Dengan itu ada diantara kita sekarang mempunyai hutang yang tak berbayar. Selain pinjaman rumah, pinjaman yang agak besar ialah pinjaman kereta anda.
Ada yang sudah 3, 4, dan/atau 5 bulan tertunggak. “Bukan kita tak nak bayar, tapi duit tak masuk, perniagaan tak maju, syarikat tak membayar upah kerja yang dilakukan” adalah kelohan yang kita dengar hari-hari dari kawan-kawan dan dari diri sendiri juga.
Dengan itu, kami ingin membantu anda, sedikit sebanyak dengan memperkasakan anda dengan pengetahuan tentang hak-hak anda berkenaan dengan situasi dimana anda mungkin hadapi suatu masa nanti atau sedang menghadapi apabila institusi kewangan telah membuat keputusan untuk menarik balik kenderaan mereka dari anda.
Ini adalah beberapa fakta yang telah dikongsikan oleh Pesatuan Pengguna Islam Malaysia yang boleh diguna pakai oleh sesiapa pun.
Jika anda berhadapan dengan penarik kenderaan yang mahu menarik kenderaan anda, inilah hak-hak asasi anda:
- Institusi Kewangan tidak dibenarkan untuk menyita kenderaan di mana pembayaran ke pinjaman telah dilunaskan 75% atas, melainkan dengan perintah mahkamah yang sah.
- Kenderaan yang terletak di dalam kawasan rumah TIDAK boleh ditarik.
- Kenderaan yang terletak di kawasan awam TIDAK boleh ditarik LUAR waktu 9:00 pagi hingga 9:00 malam.
- Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad kuasa Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
- WAJIB mempunyai dan menunjukkan kad pengenalan surat wakil kuasa dari Institusi Kewangan dan arahan penarikkan.
- Penarik kereta DILARANG bersifat ganster atau melakukan kekerasan melampau.
- Pemilik WAJIB diberi masa yang mencukupi untuk mengeluarkan barangan peribadi SEBELUM kenderaan ditarik.
Kami berharap ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bawa bertenang. Jangan risau sangat. Anda ada hak. Tak payah stress, tak payah melenting, tak payah naik angin. Jangan berhenti berusaha untuk memperbaiki keadaan anda dan Insyallah anda akan pasti berjaya.
Ini semua coooo-baaaa-aaaaan.
2 Comments
Boleh ke saya nak saman syarikat kredit moto tu ? saya dah tak bayar selama 10bulan kata nya .. saya tak ingat bile last saya bayar .. dia dah tarik moto saya tanpa surat sebelum 21 hari penarik moto dtg dgn surat tarik mengatakan tertunggak hanya rm1400 bile saya nak jelas kan semua saya diwajibkan dtg ke kedai dia cas saya dgn rm3000++ dengan alasan cas tarik kenderaan dan sebagainya apa patut saya buat ?
Boleh runding dengan syarikat kredit tersebut. Dapatkan persetujuan bersama.