Sudah Sudahlah Ketawakan Kemalangan Ini
Minggu lalu, berita tentang Mazda CX-5 ini tular di media sosial. Ketidakseimbangan dan ketoksikan internet umum menyebabkan banyak komen-komen negatif dilontarkan kepada pemilik kereta.
Pemilik kenderaan mengatakan bahawa dia mengikuti apa yang diperkatakan orang ramai tentang kejadian itu dan beliau kecewa dengan reaksi yang dileparkan kepadanya. Komen yang berbau perkauman, bergurau tentang percubaan membunuh diri, dan yang lebih buruk lagi muncul.
Malah, apa yang sebenarnya berlaku tidaklah rumit dan bukan kesalahan pemiliknya, jadi berhati perutlah sikit dan janganlah buat lawak. Kesian mangsa.
Tuan punya telah menghantar keretanya ke kedai cuci kereta dan menyerahkan kunci kepada seorang pekerja kedai dan dia menunggu di restoran terdekat. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkannya [disunting untuk kejelasan], serta laporan polisnya.
Saya menyiarkan artikel ini untuk benar-benar menerangkan dan memaklumkan kisah sebenar di sebalik kejadian ini. Adalah dimaklumkan bahawa pada 17hb Feb 2020 jam 8 pagi, saya menyerahkan kereta saya untuk dicuci kereta di kedai cuci kereta di Bandar Mahkota Cheras dan sementara menunggu saya telah bersarapan dengan isteri saya di sebuah restoran yang berhampiran. Dengan tiba-tiba kami terdengar bunyi yang kuat datang dari kedai cuci kereta tersebut. Apabila saya bergegas keluar restoran saya terkejut melihat keadaan kereta saya yang. Kereta saya dipandu oleh seorang pekerja kedai cuci kereta itu dan dia mempunyai lesen kereta dan adalah seorang berstatus Penduduk Tetap (PR). Dilampirkan Salinan Laporan Polis yang telah diserahkan oleh pekerja tersebut. Sila baca laporan Polis ini. Saya turut berkongsi rakaman CCTV. Dalam video itu saya jelas dilihat bergegas ke kereta saya selepas kejadian itu. Diharap semua sudah jelas tentang apa yang berlaku. Minta tolong berhenti menyebarkan Berita Palsu dan komen! Terima kasih dan salam bahagia.
No Comment