Saya Kembali Teruja Dengan Barisan Varian Ford Ranger XLT
Saya pernah bertanya rakan karib saya, patutkah saya jual Nessa, (nama kereta hot hatch manual saya yang sudah dimod stage 2 dengan kuasa 300++ kW dan tork 470 nM) dan beli sebuah trak pikap. Yalah, umor dah dekat 60. Kawan saya ketawakan saya. “Ya right!” katanya.
Saya sebenarnya memang berminat sangat dengan trak pikap dari dulu lagi. Yalahkan. Ianya sebuah kenderaan yang amat berguna sekali. Versatil. Boleh pakai harian. Boleh pergi ke pasar. Boleh pakai tuxedo pergi hotel 5 bintang dan kasi valet sama dia. Gaya! Mutu! Keunggulan.
Boleh ikat reben dan bawa pengantin lelaki pergi rumah pengantin perempuan. Boleh pergi pantai. Boleh angkut basikal dan/atau Vespa. Boleh ke dusun. Boleh masuk hutan. Boleh duduk belakang dengan kamera dan filem kereta pandu uji. Nak angkat barang senang. Setiap kali nak angkat barang kita mati akal. Kita tanya orang siapa ada trak pikap nak pinjam … dia tanya kita balik pulak.
Trak pikap pilihan saya dari dulu lagi sudah semestinya Ford Ranger. Kenapa? Sebab ianya sebuah trak pikap yang ada gaya, ada stail.
Saya bukan pekerja kontrak atau pengusaha ladang tetapi saya rasa Ford Ranger ini sesuai untuk saya kerana ia adalah sebuah trak pikap, jika anda bawa ke tepi pantai untuk bersantai, apabila anda pandu masuk, orang lain akan pandang … dua kali, tiga kali. Kita tahu, dalam hati dia orang mesti berkata, “Nak satu!”.
Saya tahu sebab saya sudah pandu uji beberapa model Ford Ranger dan setiap kali saya membawanya kemana-mana, semua bagi saya pandang … mata kucing besar dengan heart heart!
Model yang paling sesuai dan paling kena sekali dengan apa yang saya cakap di atas ialah, Ford Ranger XLT. Lagi, lagi yang warna oren (dia panggil warna SABER) ‘WILDTRAK’ tu. Dia macam Gal Gadot, Wonder Woman, lawa giler dan juga kuat giler.
Selain Wildtrak, varian Ford Ranger XLT yang lain tidak kurang hebatnya. Oh, tidak. Ada, Ford Ranger XLT, Ford Ranger XLT Plus dan Ford Ranger XLT Edisi Khas. Semua best! Semua mengancam!
Senarai ciri-ciri istimewa Ford Ranger XLT panjang berjela-jela. Antara yang menyerlah:
- SYNC®3. Boleh buat panggilan, kawal suhu kabin dan/atau guna app petunjuk jalan kesukaan anda … hands free yang terdapat padi varian XLT Plus.
- Pintu belakang senang tutop. Sama kuat tapi tak berat. Tutop senang. Satu jari pun boleh juga terdapat di atas varian XLT Plus.
- Boleh melalui air se dalam 800 mm. Kalau lebih dari tu dah motobot namanya tu.
- Yang pertama dalam kelas. Orang lain tidak ada. Transmisi kotak gear bukan 5, bukan 7 tapi SEPULUH kelajuan. Macam lori kontena.
- Enjin pada varian XLT Plus juga memberi kuasa 180 ps Tork 420 Nm
Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri gempak yang lain serta varian yang di tawarkan sila klik risalah dia orang di SINI.
Salah satu sebab mengapa saya masih belum lagi membeli Ford Ranger selama ini ialah kerana saya memikirkan tentang bajet saya. Rumah tangga saya sekarang ada 1 sedan berumor 22 tahun, satu hot hatch berumor 9 tahun Mei 2020 ini dan satu Vespa baharu.
Hmmmm. Tolak campur belah bagi mungkin boleh menjadi.
Sebab mengapa saya tiba-tiba kembali teruja dengan trak pikap Ford Ranger ini adalah kerana sekarang, ada kempen bagi offer yang baik punya.
Promosi Varian Ford Ranger XLT
Tarikh Kempen: 1 Mac 2020 sehingga 31 Mei 2020.
Penjimatan yang ditawarkan:
Ford Ranger XLT 2.2L: JIMAT RM 9,000
Ford Ranger XLT Plus (2.0L Single-Turbo) : JIMAT RM 7,188
Ford Ranger XLT Edisi Khas (2.2L) : JIMAT RM 8,000
Aduh! Racun! Racun! Memang racun!
Jom kita bersama ke bilik pameran Ford dan bawa balik Ford Ranger XLT satu. Beli! Beli! Jangan tak beli.
Raya dah dekat ni!
No Comment