Kia Sonet Concept Buat Kemunculan di India
Kia telah memperkenalkan model konsep baharu yang dikenali sebagai Sonet di Auto Expo 2020 yang berlangsung di Delhi.
Menurut syarikat itu, Sonet merupakan SUV kompak yang akan memasuki pasaran India pada suku kedua tahun ini. Ia akan menjadi produk ketiga Kia yang dijual di negara itu selepas Seltos dan Carnival.
Mengenengahkan rekaan yang moden, dinamik dan berani, Sonet hadir dengan ciri-ciri signatur Kia seperti gril ‘hidung harimau’, lampu nyalaan siang bermotifkan mata harimau dan rekaan lampu belakang lebar.
Kia tidak mendedahkan ukuran dimensi model ini, namun ia dikatakan mempunyai ukuran panjang keseluruhan kurang dari empat meter.
Direka untuk golongan muda yang gemar menggunakan tekonologi, ruang kabin Sonet dilengkapi dengan sistem infotainmen berukuran 10.25 inci dengan UVO Connect, sistem audio premium Bose serta transmisi manual pintar (iMT).
No Comment