Renault Tawar Tempoh Langganan Percubaan Selama 7 Hari Untuk Captur
TC Euro Cars kini menawarkan pakej langganan percubaan Renault bagi pelanggan yang ingin merasakan pengalaman memandu Captur. Pakej percubaan ini ditawarkan selama seminggu dengan bayaran serendah RM57 sehari.
Pelanggan yang mendaftar dengan pakej percubaan ini hanya perlu membuat bayaran RM399 sekali untuk menikmati Captur tanpa had perbatuan, depositi sekuriti dan proses pendaftaran yang mudah.
Selepas tempoh percubaan, pelanggan yang ingin terus memandu Captur boleh memilih Renault Subscription dengan pelan Switch atau Fixed.
Menerusi Renault Subscription, pelanggan akan menikmati manfaat seperti bebas dari tempoh pinjaman yang panjang dan penyusutan nilai kenderaan.
Mereka juga akan menikmati kos menyeluruh yang merangkumi cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan serta penjimatan tambahan tanpa bayaran muka dan kadar faedah.
Kini dalam fasa percubaan, pakej langganan percubaan Renault setakat ini ditawarkan di wilayah tengah Semenanjung Malaysia sahaja. Bilangan Captur yang tersedia adalah terhad.
Mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi Renault E-Store atau hubungi talian 1800-18-8663. Pelanggan hanya perlu menyerahkan salinan IC atau pasport, lesen memandu dan maklumat kad kredit. Proses kelulusan mengambil masa 24 jam.
No Comment