Bisnes

Pengeluaran Mercedes-Benz X-Class Akan Dihentikan Mei Ini

Sebenarnya ura-ura mengenai penghentian pengeluaran Mercedes-Benz X-Class telah timbul sejak Julai 2019 lagi.

Tetapi dalam satu temu ramah dengan laman web Auto Motor und Sport baru-baru ini, wakil Mercedes-Benz mengesahkan bahawa syarikat itu akan menghentikan pengeluaran trak tersebut di kilangnya di Barcelona pada Mei ini.

Menurut syarikat itu, X-Class merupakan produk ‘niche’ yang dianggap penting di beberapa pasaran seperti Australia dan Afrika Selatan.

Pada awalnya, Mercedes-Benz merancang untuk menambah pengeluaran X-Class di Argentina namun rancangan tersebut dibatalkan pada Februari tahun lalu di atas isu membabitkan harga. Dalam erti kata lain, ia terlalu mahal berbanding model-model trak pikap lain.

Diperkenalkan pada penghujung 2017, X-Class dijual pada harga bermula €48,790 (RM222,170), iaitu €16,000 (RM72,860) lebih mahal berbanding model asasnya iaitu Nissan Navara.

Selain itu, respon pasaran juga tidak begitu memberangsangkan dengan hanya 16,700 unit terjual pada 2018 dan 15,300 unit pada 2019.

Previous post

Hummer Bakal Kembali Sebagai Trak Elektrik

Next post

Promosi Tahun Baru Cina 2020 dari Volkswagen

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *