Apple CarPlay dan Android Auto Lebih Berbahaya Daripada Alkohol?
Tidak dinafikan kehadiran pelbagai teknologi canggih dalam kenderaan masa kini banyak membantu pemandu. Tetapi harus diakui, ada sesetengah teknologi yang boleh menyebabkan kelalaian.
Berdasarkan kajian IAM RoadSmart, sebuah organisasi keselamatan jalan raya yang berpangkalan di UK yang ditubuhkan pada tahun 1956, penggunaan Apple CarPlay dan Android Auto ketika memandu adalah lebih berbahaya berbanding memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah!
Data yang dikumpul oleh IAM Roadsmart menunjukkan kedua-dua sistem infotainmen itu memperlahankan masa tindak balas pemandu lebih daripada 50 peratus, jauh lebih tinggi berbanding kanabis (21 peratus) dan menghantar mesej (35 peratus).
Selain itu, pemandu juga mengalihkan pandangan mereka dari jalan raya selama 16 saat ketika menggunakan Apple CarPlay dan Android Auto. Ini mewakili jarak lebih 500 meter jika kenderaan bergerak pada kelajuan 112 km/j.
Jika kereta anda dilengkapi dengan kedua-dua sistem tersebut, kami menasihatkan anda supaya menggunakannya ketika kereta tidak bergerak. Beringat sebelum kena.
No Comment