Berita Auto

Servis BMW Anda Di Rumah Dengan Auto Bavaria i-Service

Pemilik BMW kini boleh melakukan penyelenggaraan kenderaan di lokasi pilihan mereka – sama ada kediaman atau pejabat – menerusi perkhidmatan Auto Bavaria i-Service.

Dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar, pelanggan boleh melakukan tempahan temujanji, memeriksa sejarah penyelenggaraan dan membuat pembayaran.

Selain itu, aplikasi tersebut juga mempunyai ciri ‘Track & Chat’ yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kenderaan i-Service dan berbual dengan juruteknik untuk mengetahui progres penyelenggaraan kenderaan mereka.

Pelanggan boleh memanggil kenderaan i-Service untuk hadir ke lokasi pilihan untuk melakukan penyelenggaraan berjadual termasuk penukaran minyak, pad brek, tayar, bateri serta penjajaran tayar.

Buat masa ini, Auto Bavaria menyediakan tiga kenderaan i-Service untuk menampung keperluan pelanggan di sekitar Lembah Klang yang berada dalam lingkungan 40 km daripada pusat pengedar Auto Bavaria.

Auto Bavaria i-Service beroperasi enam hari seminggu kecuali cuti umum, dari jam 9 pagi hingga 5 petang (Isnin-Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 12 tengahari (Sabtu). Untuk maklumat lanjut, layari autobavaria.com atau hubungi 1300-133-338.

Previous post

Peugeot 208 Dinobat Car Of The Year 2020

Next post

Koenigsegg Gemera Hadir Dengan 1,700 hp!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *