Berita Auto

Bilik Pameran dan Pusat Servis Tan Chong Ditutup Sementara Waktu

Sebuhungan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan bahawa ia akan menutup operasi bilik pameran mereka untuk sementara waktu. Penutupan ini turut melibatkan pusat servis Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS).

Dalam tempoh ini, penasihat jualan ETCM akan menghubungi pelanggan Nissan untuk menetapkan tarikh baru untuk penyerahan kereta mereka.

Sementara itu, penasihat servis TCEAS akan berhubung dengan pelanggan menerusi panggilan, SMS atau aplikasi DriveOn untuk menjadualkan semula tarikh penyelenggaraan.

ETCM dan TCEAS akan kembali menyambung operasi perniagaan mereka pada 1 April 2020.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghantar email menerusi butang ‘Contact Us’ di www.nissan.com.my.

Previous post

COVID-19: Jangan Keluar Rumah dan Bantu Kurangkan Penyebaran

Next post

Operasi Toyota, Lexus Ditutup Sementara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *