Motosikal / Skuter / Roda

Honda CB-F Concept Tampil Rekaan Retro

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah menyebabkan pelbagai acara automotif dibatalkan, termasuk Osaka Motorcycle Show 2020 dan Tokyo Motorcycle Show yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini.

Oleh itu, Honda mengambil keputusan untuk memperkenalkan motosikal konsep baharu mereka iaitu CB-F Concept secara dalam talian sahaja.

Menurut Honda, CB-F direka berdasarkan model CB750F dan CB900F dari era lewat 70-an dan awal 80-an. Ini terbukti menerusi bentuk tangki bahan api dan rekaan ekor yang hampir sama. Lampu berbentuk bulat pula adalah ‘trademark’ bagi siri CB.

CB-F tampil dengan enjin enjin sejukan air 998 cc dengan empat silinder dan DOHC. Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Bagaimanapun, jumlah kuasa dan tork tidak didedahkan.

Selain itu, motosikal konsep ini turut menampilkan struktur ‘mono-backbone’ yang digabungkan dengan fork terbalik dan lengan ayun tunggal aluminium. Seperti yang boleh dilihat, ia juga didatangkan dengan brek cakera berkembar pada bahagian hadapan. Ukuran CB-F Concept adalah 2,120 mm panjang, 790 mm lebar dan 1,070 mm tinggi.

Masih belum diketahui apakah rancangan Honda dengan CB-F Concept ini, namun jika dikeluarkan ia pasti menjadi kegilaan ramai seperti model-model CB terdahulu.

Previous post

Pakar Hibrid Corolla Hibrid Baharu Kongsi Beberapa Fakta

Next post

Ferrari Rancang Sambung Pengeluaran Pada 14 April

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *