Honda Insight Dapat Dua Ciri Baharu
Honda telah memperkenalkan Insight versi 2021. Seperti sebelum ini, sedan hibrid itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu LX, EX dan Touring, dengan harga bermula dari $22,930 (RM100,650) hingga $28,840 (RM126,590).
Dari segi penampilan, tiada perubahan yang diumumkan oleh Honda kecuali ia kini boleh didapati dalam warna Radiant Red Metallic.
Ciri-ciri seperti lampu hadapan LED, butang penghidup enjin dan sistem keselamatan Honda Sensing terus dikekalkan sebagai kelengkapan standard.
Begitu juga dengan skrin infotainmen berukuran lapan inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.
Bagaimanapun, varian pertengahan dan teratas iaitu EX dan Touring mendapat dua ciri Honda Sensing baharu iaitu Blind Spot Information dan Cross Traffic Monitor.
Sementara itu, Insight Touring turut didatangkan dengan upholsteri kulit, pelarasan lapan cara pada tempat duduk pemandu, sistem navigasi satelit dan pendingin hawa dua zon.
Insight Hibrid hadir dengan kuasa berjumlah 151 hp dan 267 Nm yang dibekalkan oleh enjin 1.5-liter empat silinder dan sebuah motor elektrik.
No Comment