Honda Malaysia Lancar Koleksi Barangan Rasmi – Siri TEI
Peminat Honda di Malaysia kini boleh mendapatkan koleksi barangan rasmi terkini Honda Malaysia yang dikenali sebagai Siri ‘TEI’.
TEI merujuk kepada falsafah Honda iaitu ‘Trust, Equality & Individuality’. Ia juga bermaksud ‘bentuk’ dalam bahasa Jepun.
Siri TEI menampilkan 21 barangan yang ditawarkan dalam empat koleksi iaitu Corporate, Lifestyle, Activewear dan Travel.
Kesemua barangan rasmi siri TEI dijual pada harga antara RM32 hingga RM320. Ia boleh didapati di mana-mana 92 pusat pengedar Honda di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
No Comment