Hyundai Elantra 2021 Akan Diperkenalkan 17 Mac Ini
Seperti Sonata 2020, Elantra baharu akan menerapkan bahasa reka bentuk yang lebih dramatik dan agresif. Ini boleh dilihat menerusi sepasang foto teaser dan video yang disiarkan oleh Hyundai.
Menurut syarikat itu, model generasi ketujuh ini akan menggunakan platform baharu yang menghasilkan bentuk badan coupe empat pintu.
Ia juga dikatakan lebih panjang, rendah dan lebar berbanding model sedia ada bagi membolehkannya bersaing dengan Honda Civic dan Toyota Corolla.
Sementara itu, ruang dalaman Elantra kini menampilkan gabungan konsep minimalis dan susun atur yang memfokuskan kepada pemandu. Antara ciri baharu yang boleh dilihat di sini adalah rekaan stereng baharu dan skrin infotainmen yang bersambung dengan panel instrumen.
Elantra akan didedahkan secara rasmi pada 17 Mac ini di Hollywood.
No Comment