Pemandu E-Hailing dan Teksi Terima Bantuan Kerajaan
Dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi yang disiarkan hari ini (27 Mac), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pemandu e-hailing dan teksi akan menerima bantuan kewangan dari pihak kerajaan.
Seperti yang kita sedia maklum, pendapatan pemandu e-hailing dan teksi terjejas teruk apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu. Untuk terus mengekang penularan virus Covid-19, Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP hingga 14 April.
Oleh itu, bagi mengurangkan beban yang dihadapi oleh para pemandu, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan berjumlah RM500 untuk pemandu e-hailing dan RM600 untuk pemandu teksi.
Kedua-dua bayaran adalah secara ‘one-off’ atau sekali sahaja. Pemandu yang layak akan menerima bayaran mulai 1 April ini.
Bantuan ini merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion.
No Comment