Bagaimana Peugeot Roadside Assistance Semasa Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
Pemilik Peugeot 3008, Vince Lim bersyukur hari ini apabila dia memanggil talian Peugeot Assistance untuk membaiki 3008nya yang rosak. Bateri Peugeot 3008 SUVnya lemah dan perlu ditukar dan Peugeot Assistance datang ke rumahnya dan menggantikan bateri lemahnya di situ. Ianya adalah amat baik untuk mengetahui bahawa apabila dalam keadaan krisis seperti ini, ada back-up untuk memastikan anda boleh bergerak ‘HANYA BILA BENAR-BENAR TERPAKSA’. Ingat, DUDUK di rumah dan keluar hanya apabila betul-betul perlu.
Program Peugeot Assistance menyediakan pemilik baharu Peugeot dengan pelbagai perkhidmatan komprehensif, bila-bila masa dan di mana sahaja di Malaysia, Singapura dan Thailand (tidak termasuk semua pulau kecuali Pulau Pinang dan Langkawi). Apa yang perlu anda lakukan adalah memanggil nombor bebas tol 24 jam: 1-800-88-6292, untuk meminta perkhidmatan berikut:
- Sekiranya kenderaan anda rosak, Peugeot Assistance akan menguruskan bantuan tepi jalan untuk anda apabila praktikal, yang mana kenderaan anda akan ditarik ke Pusat Servis Peugeot yang terdekat.
- Sekiranya kenderaan anda tersadai, Peugeot Assistance akan menyediakan bantuan untuk anda. Jika anda ingin membawa kereta anda ke Malaysia, Peugeot Assistance akan menampung kos menunda dari sempadan ke Pusat Servis Peugeot terdekat di Malaysia.
- Sekiranya immobilization telah berlaku apabila anda berada lebih dari 100km dari alamat rumah anda, dan kenderaan anda telah dibawa ke Pusat Servis Peugeot tetapi pembaikan tidak dapat disiapkan dalam hari yang sama (khususnya selepas 6 petang pada hari kerja), Bantuan Peugeot akan menganjurkan dan membayar kos untuk kaedah pengangkutan yang paling sesuai ke destinasi anda.
Sebagai alternatif, Peugeot akan menyediakan penginapan hotel 2 malam untuk anda dengan anggaran maksimum RM400 setiap malam. Sebarang perbelanjaan tambahan adalah tanggungjawab anda.
Faedah ini terhad kepada 3 kali setahun dan tertakluk kepada ketersediaan. Kedua-dua faedah tidak boleh digunakan pada masa yang sama.
Dengan syarat kenderaan anda telah ditarik oleh Peugeot Assistance, dan anda lebih dari 100km dari alamat rumah anda, dan kenderaan anda telah dibawa ke Pusat Servis Peugeot tetapi pembaikan tidak dapat disiapkan dalam hari yang sama, (khususnya selepas 6 petang pada hari kerja) , kami akan, apabila boleh, mengatur dan membayar kereta gantian semasa kenderaan anda dibaiki, sehingga maksimum 2 hari dengan anggaran maksimum RM300 sehari (tidak termasuk kos petrol).
Sebarang pelanjutan yang melebihi liputan 2 hari akan menjadi tanggungjawab anda.
Sekiranya teksi diperlukan semasa breakdown tersebut, Peugeot Assistance akan merujuk dan membantu untuk mengaturkan satu. Anda berhak mendapatkan bayaran maksimum sebanyak RM60 setiap kali (terhad kepada 3 kali setahun).
Atas permintaan, Peugeot Assistance boleh berusaha untuk menghubungi keluarga pemandu dan memaklumkan kepada mereka tentang keberadaan pemandu jika terjadi kemalangan atau kerosakan.
No Comment