PKP Fasa Kedua Berkuatkuasa Esok (1 April)
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020.
Bagi memastikan orang awam terus mematuhi PKP sekaligus membantu mengekang penularan wabak COVID-19, pihak kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu. Antaranya adalah:
- Kenderaan persendirian hanya dibenarkan berada di jalan raya antara jam 6 pagi hingga 10 malam, termasuk teksi dan kenderaan e-hailing
- Hanya seorang sahaja (pemandu) dibenarkan untuk kenderaan persendirian, kecuali dalam situasi kecemasan
- Pengangkutan komersial digalakkan beroperasi dari 7 malam hingga 7 pagi
- Perkhidmatan penghantaran makanan (delivery) dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam
- Stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam
No Comment