Bisnes

Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Sejak Ogos ’13

Proton mengumumkan hasil jualan kukuh dalam bulan kedua berturut turut pada 2020 di mana jualan pada Februari meningkat lebih 80% berbanding tempoh sama pada 2019.

Sebanyak 9,974 unit telah didaftarkan, peningkatan 17.3% berbanding Januari 2020. Hasil daripada peningkatan ini, pegangan pasaran Proton untuk bulan tersebut dianggarkan berada pada 23.8%, iaitu catatan tertinggi berbanding Ogos 2013 dan peningkatan 10.3% berbanding Februari 2019.

Tiga model daripada rangkaian semasa Proton menjadi model paling popular pada bulan Februari dalam segmen masing-masing. Persona kembali menguasai carta bagi Sedan segmen B dengan kutipan jualan sebanyak 2,653 unit atau hampir dua kali ganda berbanding pesaing terdekatnya.

Selain itu, dengan jualan sebanyak 1,973 unit, X70 menjadi SUV paling popular di Malaysia untuk bulan kedua berturut-turut. Pelanggan yang menempah awal model 2020 sudah mula menerima kereta mereka. Sehingga kini, lebih daripada 7,000 tempahan telah diterima.

Exora turut menjadi pemimpin segmen yang ketiga pada bulan Februari, yang mana model tersebut kekal mendominasi pasaran MPV bagi segmen C.

Model-model Proton yang lain iaitu Saga dan Iriz turut mencatat jualan terbaik bagi bulan tersebut. Saga kekal menjadi model terlaris Syarikat dengan mencatat jualan sebanyak 3,934 unit dan tempahan yang diterima adalah melebihi keluaran.

Sementara itu, Iriz berada di kedudukan kedua untuk kategori hatchback segmen B dengan jualan yang kekal kukuh selepas versi terbaharu model itu dilancarkan pada tahun 2019.

“PROTON masih mencatat jualan yang kukuh bagi bulan Februari meskipun rekod Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) menurun berbanding Januari. Dengan mengekalkan pertumbuhan jualan Syarikat, pegangan pasaran kini mencatatkan yang tertinggi dalam tempoh berbanding 77 bulan yang lalu. Tempahan yang diterima untuk Proton X70 2020 juga amat menggalakkan sekaligus menaikkan semangat kami untuk terus melaksanakan perancangan pada sepanjang tahun ini,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Previous post

Menyambut 100 Tahun Mazda Dengan Barisan Mazda 2020

Next post

Honda BR-V 2020 Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *