Semua Pengedar Toyota dan Lexus Terus Ditutup
Dengan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa semua wakil pengedar Toyota dan Lexus akan terus ditutup.
Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh menghubungi syarikat itu untuk sebarang kecemasan atau pertanyaan semasa tempoh PKP menerusi talian hotline sedia ada dan lima talian hotline tambahan yang diwujudkan khas. Berikut adalah nombor-nombor talian hotline tersebut:
Pertanyaan dan Bantuan Umum *Isnin – Jumaat, 8 pagi – 7 petang | 1800-8-TOYOTA (869682) |
Hotline Tambahan *Isnin – Jumaat, 8 pagi – 7 petang | 017-627 8962 016-869 6107 014-333 5380 016-633 2865 016-638 7678 |
Bantuan Kecemasan 24/7 | 1800-888-247 |
Email Sokongan Pelanggan | customersupport@toyota.com.my |
Selain itu, turut diumumkan bahawa semua kenderaan yang dibeli dari UMW Toyota Motor dan pengedar sah dengan jaminan yang tamat tempoh semasa PKP akan mendapat sambungan 30 hari yang dikira dari hari terakhir PKP.
Semua temujanji servis yang dijadualkan semasa tempoh PKP akan dijadualkan semula selepas PKP ditamatkan dan operasi bersambung semula.
UMW Toyota Motor menggalakkan semua untuk duduk di rumah dan jaga keselamatan. Syarikat itu juga memberi jaminan bahawa sokongan akan diberikan jika perlu semasa tempoh ini.
No Comment