Toyota GR Hilux Akan Bersaing Dengan Ford Ranger Raptor Di Australia?
Toyota sedang berusaha untuk meniru kejayaan Ford dalam segmen trak prestasi. Tanda dagangan baru yang difailkan di Australia menunjukkan bahawa GR Hilux sedang dibangunkan untuk pasaran tertentu itu.
Fortuner sebahagian besarnya dibangunkan oleh pasukan Toyota Australia, tetapi kemungkinan Hilux generasi terkini dinaik taraf dari mula untuk melawan Ford Ranger agak rendah. Itu adalah kerana model yang difacelift sudah bersedia untuk dilancarkan tahun ini. Mungkin versi terakhir GR Hilux akan debut pada Hilux generasi akan datang yang dikatakan akan berlaku pada tahun 2023. Tetapi itu adalah masa yang lama untuk Toyota.
Apa yang lebih mungkin ialah GR Hilux pada mulanya akan ditawarkan di Australia dengan diesel 2.8 liter yan g ditambahbaik, beberapa shock absorber prestasi, tayar off-road, beberapa peralatan off-roading sebagai standard, dan gril yang lebih agresif, cat dan pakej decal.
Adakah ia akan datang ke Malaysia? Mungkin tidak. Hilux Australia dibina di Thailand, sementara yang kita punya dipasang di Shah Alam. Tetapi manalah tahu kan?!
Hilux GR ini tidak boleh dikelirukan dengan Hilux GR Sport (Digambarkan sepanjang artikel). Hilux GR Sport adalah pakej trim yang Hilux biasa manakala GR Hilux dikatakan sebagai versi kenderaan yang ditala untuk prestasi.
Ford melakukan yang tidak mungkin pada akhir 2018 apabila ia memperkenalkan Ranger Raptor ke pasaran Malaysia. Stok awal kenderaan habis dijual macam kilat walaupun harganya sekitar RM200,000. Pada tahun-tahun akan datang, kemungkinan pengilang trak pick-up lain akan mula melihat logiknya untuk mengikuti jejak mereka.
No Comment