Triumph Rocket 3 Tiba Dengan Enjin Motosikal Paling Besar
Jika anda berpegang kepada falsafah ‘no replacement for displacement’, maka Triumph Rocket 3 adalah motosikal yang paling sesuai untuk anda.
Ditawarkan dalam versi R (RM130,900) dan GT (RM136,900), Rocket 3 menampilkan enjin tiga silinder berkapasiti 2,500 cc yang mampu menjana 167 PS pada 6,000 rpm, iaitu 11% lebih banyak berbanding model terdahulu dan 71% lebih tinggi berbanding pesaing terdekatnya.
Bukan itu sahaja, enjin itu juga mempunyai jumlah tork yang paling tinggi bagi motosikal produksi di pasaran dengan 221 Nm pada 4,000 rpm.
Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear ‘helical cut’ enam kelajuan berprestasi tinggi yang dikatakan lebih lancar, kuat dan ringan berbanding kotak gear standard. Kehadiran klac hidraulik ‘torque assist’ memastikan tuil klac terasa lebih ringan.
Selain itu, Rocket 3 didatangkan dengan kelengkapan standard seperti berikut:
- lampu LED berkembar
- bar hendal roadster
- fork hadapan dan monoshock belakang Showa
- angkup Brembo Stylema Monobloc
- instrumen TFT warna penuh
- Cornering ABS
- Cornering Traction Control
- IMU – Interial Measurement Unit
- mod Road, Rain, Sport dan Rider
- Hill Hold Control
- Cruise Control elektronik
- pencucuhan tanpa kunci
- pemanas grip
- pengecas USB
- Triumph Shift Assist
- sistem kawalan GoPro terbina dalam
- sistem navigasi
- Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
No Comment