VIDEO: Jentera Litar 830 hp Lamborghini
Lamborghini telah menyiarkan satu lagi video teaser untuk jentera litar terbarunya yang akan tiba tidak lama lagi.
Jika video teaser sebelum ini memperdengarkan ‘ngauman’ jentera tersebut di atas mesin dyno, rakaman terbaru ini memberikan gambaran tentang reka bentuknya yang agresif.
Seperti yang anda boleh lihat, model rekaan divisyen Squadra Corse ini mempunyai beberapa ciri yang menjadikan ia berbeza daripada model-model yang lain.
Antaranya adalah spoiler belakang yang besar, skup udara (airscoop) di atas bumbung dan juga lubang ambilan udara berkembar pada bahagian hud. Di belakang pula terdapat diffuser yang menempatkan dua muncung ekzos.
Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai kerangka aluminium pada bahagian hapadan, casis monocoque gentian karbon dan rim nat tunggal yang dibalut tayar Pirelli.
Menjadikan ia lebih istimewa adalah enjin NA 6.5-liter V12 yang menjana 830 hp, lebih tinggi berbanding Aventador SVJ (770 hp) dan Sian (785 hp).
Menurut Lamborghini, pembangunan model yang belum dinamakan ini kini berada pada peringkat akhir. Ia akan diperkenalkan secara rasmi pada musim panas tahun ini.
No Comment