Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Harrier 2021
Toyota telah mendedahkan beberapa imej dan perincian awal mengenai Harrier 2021. Kini memasuki generasi keempat, SUV mewah itu akan dilancarkan pada Jun depan.
Di sini kami ringkaskan perincian dan spesifikasi model tersebut:
Platform
- Harrier baharu menggunakan platform TNGA (GA-K) dengan badan yang kukuh dan pusat graviti yang rendah
- Sistem suspensi terdiri daripada topang MacPherson di hadapan dan ‘double wishbone’ di belakang
- Turut disertakan adalah Active Cornering Assist (ACA) dan stereng kuasa elektrik
Dimensi
- Ukuran Harrier adalah 4,740 mm panjang, 1,855 mm lebar dan 1,660 mm tinggi
- Ini menjadikannya 15 mm lebih panjang, 20 mm lebih lebar dan 30 mm lebih rendah berbanding model generasi ketiga
- Jarak roda (wheelbase) berkembang dari 2,660 mm kepada 2,690 mm
Pilihan enjin
Harrier ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan hibrid.
Petrol
- Enjin petrol Dynamic Force 2.0-liter empat silinder (M20A-FKS) menghasilkan 171 PS pada 6,600 rpm dan 207 Nm pada 2,800 rpm
- Dipadankan dengan Direct Shift-CVT
- Boleh didapati dalam versi pacuan roda hadapan atau pacuan empat roda (Dynamic Torque Control 4WD)
Hibrid
- Menampilkan enjin Dynamic Force 2.5-liter empat silinder (A25A-FXS) dengan 178 PS pada 5,700 rpm dan 221 Nm 3,600-5,200 rpm
- Ia dibantu oleh motor elektrik dengan kuasa sebanyak 120 PS dan 202 Nm pada gandar hadapan
- Versi pacuan empat roda (E-Four) mendapat tambahan motor elektrik pada gandar belakang yang menjana 54 PS dan 121 Nm
- Dipadankan dengan E-CVT
Teknologi
- Buat pertama kalinya, Harrier didatangkan dengan bumbung panorama dengan ciri electro-chromatic
- Ia juga mendapat cermin dalaman digital (Digital Inner Mirror) yang boleh memaparkan rakaman dari bahagian hadapan dan belakang kenderaan
- Varian hibrid mendapat soket kuasa 100 volt/1,500 watt yang boleh digunakan untuk menghidupkan perkakasan elektrik rumah
- Ia juga boleh dijadikan sebagai sumber kuasa elektrik dalam situasi kecemasan
- Sistem infotainmen terdiri daripada sistem navigasi T-Connect SD dengan skrin TFT 12.3 inci dan sistem audio JBL dengan sembilan pembesar suara
Ciri keselamatan
- Harrier dilengkapi dengan Toyota Safety Sense yang menggunakan sistem pra-pelanggaran yang boleh mengesan pejalan kaki pada waktu siang dan malam, dan penunggang basikal pada waktu siang
- Antara ciri yang disertakan adalah Intelligent Clearance Sonar with Parking Support Brakes (Stationary Objects) yang dapat mengurangkan kerosakan akibat pelanggaran pada kelajuan rendah
No Comment