Khidmat Masyarakat

Mereka Yang Terkandas Di Kampung Sejak PKP Dibenarkan Pulang Tertakluk Kepada Terma & Syarat

Aplikasi ‘Gerak Malaysia’ sudah boleh diakses.

Untuk memudahkan urusan permohonan permit pergerakan orang ramai yang terkandas di kampung halaman sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) anda bolehlah gunakan Aplikasi ‘Gerak Malaysia’. Ianya kini boleh diakses sehingga Rabu (29 April).

Permohonan permit pergerakan ini bagi mereka yang sebelum ini terkandas di kampung halaman, sebaik sahaja PKP diumumkan pada 18 Mac lalu dan ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja.

Aplikasi adalah untuk mengelakkan orang ramai daripada terpaksa keluar rumah untuk membuat permohonan di balai polis, sekali gus mengurangkan risiko jangkitan dan penularan wabak COVID-19.

Kod QR (kod respon pantas) unik akan dijana melalui aplikasi ini dan akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di sekatan jalan raya untuk memudahkan pergerakan pemohon.

Aplikasi mudah alih Gerak Malaysia ini boleh dimuat turun melalui ‘application store’ seperti ‘Google Play Store’, ‘Apple App Store’ dan ‘HUAWEI AppGallery’.

Tersenarai adalah soalan-soalan lazim (FAQ) mengenai Gerak Malaysia

  1. Apakah Aplikasi Gerak Malaysia?

Gerak Malaysia adalah aplikasi mudah alih yang membenarkan pengguna untuk memohon permit bagi membolehkan mereka meninggalkan rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  • Siapa yang membangunkan aplikasi Gerak Malaysia?

Gerak Malaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguruskan pergerakan semasa PKP.

  • Apakah tujuan aplikasi Gerak Malaysia?

Menyedari pandemik COVID-19 yang berlaku, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan semua pergerakan tidak perlu dari 18 Mac sehingga 12 Mei 2020 dalam usaha bersepadu bagi mengekang penularannya.

Memandangkan COVID-19 boleh disebarkan secara mudah dengan berada rapat dengan individu yang dijangkiti, keupayaan menjejaki dan mengesan serta sistem permohonan permit akan menjadi satu alat yang berharga untuk Kerajaan menangani penularan COVID-19 secara efektif dan memastikan rakyat bebas daripada virus tersebut.

Aplikasi ini juga memanfaatkan data mobiliti untuk pengesanan kontak hampir masa nyata[1] dalam melengkapkan usaha Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pengesanan kontak, termasuk mereka yang di bawah siasatan (PUI) dan di bawah pengawasan (PUS).

  • Apakah undang-undang yang berkaitan dengan pelaksanaan aplikasi Gerak Malaysia

Gerak Malaysia dibangunkan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

  • Apakah jenis maklumat peribadi yang akan dikumpul oleh aplikasi Gerak Malaysia?

Maklumat peribadi yang akan dikumpul adalah:

  1. Nama
  2. Nombor Telefon Bimbit
  3. Nombor Kad Pengenalan/Pasport
  4. Alamat Rumah
  5. E-mel

Aplikasi ini akan terus mengumpul data lokasi anda dan mengekalkan rekod lokasi-lokasi yang dikunjungi oleh anda, sejurus kebenaran diberikan untuk mengakses perkhidmatan lokasi peranti diberikan dan dibenarkan.

  • Bagaimana kebimbangan mengenai isu privasi data akan ditangani?

Pengumpulan data peribadi akan digunakan sepenuhnya untuk melengkapkan usaha pengesanan kontak bagi mengurangkan penularan COVID-19 di Malaysia. Identifikasi pengguna dan maklumat peribadi adalah kritikal untuk fungsi-fungsi jejak dan kesan yang berdaya maju dan efektif.

  • Berapa lamakah aplikasi ini akan digunakan oleh pihak berkuasa?

Semua data peribadi yang diberikan semasa tempoh pendaftaran hanya akan digunakan semasa dan untuk tempoh selama enam (6) bulan selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Walaupun begitu, menurut Notis Privasi Gerak Malaysia, ini boleh disemak semula dari semasa ke semasa dan anda akan dimaklumkan mengenai sebarang perubahan.

  • Apakah peranti yang menyokong aplikasi Gerak Malaysia?

Gerak Malaysia disokong oleh semua pengguna telefon pintar Android yang menggunakan versi 5.0 dan ke atas, serta pengguna iPhone yang menggunakan sistem pengoperasian iOS 11 dan ke atas.

  • Di manakah saya boleh muat turun aplikasi Gerak Malaysia?

Untuk memuat turun aplikasi tersebut, kunjungi Apple App Store, Google Play Store ataupun Huawei AppGallery and cari ‘Gerak Malaysia.’

  1. Adakah saya perlu bayar untuk menggunakan aplikasi ini?

Tidak. Muat turun dan pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia adalah percuma.

 CAR-CARA MENGGUNAKAN APLIKASI GERAK MALAYSIA

  1. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memuat turun aplikasi ini?
  2. LANGKAH 1:

Muat turun dan pasang aplikasi Gerak Malaysia app dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery

ii.       LANGKAH 2:

             Tekan “MULA SEKARANG” untuk mendaftar sebagai pengguna baharu

iii.     LANGKAH 3:

Masukkan nombor telefon bimbit dan klik “HANTAR OTP” untuk mendapatkan OTP sebagai proses pengesahan

iv.     LANGKAH 4:

             Masukkan Kod Pengesahan OTP yang dihantar melalui SMS. OTP akan dihantar

     daripada Kod Pendek 62033. Anda mempunyai tiga (3) minit untuk memasukkan kod pengesahan

          Jika OTP tidak dihantar, sila tunggu selama tiga (3) minit untuk membolehkan anda

             klik “Hantar Semula OTP”.

  • LANGKAH 5:

Pengguna dikehendaki untuk memasukkan butiran-butiran berikut ke dalam aplikasi:

  1. Nama
  2. Alamat Kediaman
  3. Bandar
  4. Poskod
  5. Negeri
  6. Nombor Kad Pengenalan/Pasport
  7. E-mel (pilihan)
  8. LANGKAH 6:

Klik “YA” bagi membolehkan KEBENARAN untuk berkongsi lokasi peranti

  • LANGKAH 7:

Klik “BENARKAN” untuk memberi kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti

  • LANGKAH 8:

Pendaftaran selesai. Ini adalah laman utama anda

  1. Adakah saya perlu memastikan aplikasi ini sentiasa aktif?

Tidak perlu. Selagi anda telah berdaftar untuk aplikasi berkenaan dan membenarkan perkhidmatan lokasi, aplikasi tersebut akan terus mengumpul data lokasi anda.

  1. Apa akan terjadi jika saya menutup perkongsian lokasi peranti?

Gerak Malaysia tidak dapat menjejaki pergerakan anda. Anda juga tidak dapat menggunakan aplikasi ini. Walaupun untuk permohonan permit.

  1. Bagaimanakah saya dapat mengemas kini maklumat peribadi saya?

Anda boleh berbuat demikian melalui tab “Maklumat Peribadi”. Ia terletak bersebelahan kepada tab “RUMAH”. Anda boleh mengedit maklumat peribadi anda.

  1. Bolehkah saya menggunakan telefon orang lain untuk mendaftar?

TIDAK. Anda adalah tidak digalakkan atau disyorkan untuk berbuat demikian. Tujuan aplikasi ini adalah untuk mengesan nombor telefon bimbit individu. Dengan menggunakan nombor telefon bimbit orang lain, ia menidakkan tujuan sebenar aplikasi ini.

  1. Bolehkah aplikasi ini membantu saya mengenal pasti individu yang disiasat (PUI), individu dalam pemerhatian (PUS) dan pesakit COVID-19 yang berada berdekatan dengan saya?

TIDAK. Aplikasi ini hanya akan menunjukkan peta haba sesebuah zon jangkitan yang tinggi tetapi tidak menunjukkan lokasi nyata PUI atau PUS.

  1. Sekiranya saya dikenal pasti melalui aplikasi ini sebagai PUS atau PUI, adakah orang lain akan tahu?

TIDAK. Maklumat ini hanya akan diketahui oleh petugas Kementerian Kesihatan (MOH) yang menjalankan siasatan kontak. Anda akan dihubungi untuk menjalani pemeriksaan lanjut di klinik berdekatan dan diberikan panduan keselamatan yang patut diambil untuk mencegah penularan COVID-19.

  1. Apakah aplikasi ini akan terus digunakan selepas wabak COVID-19 berjaya dikawal?

Aplikasi ini berserta semua maklumat yang disimpan di pelayan komputer akan dilupuskan dalam tempoh enam (6) bulan selepas penamatan PKP. Pengguna aplikasi akan dimaklumkan untuk memadamkan aplikasi tersebut apabila fungsinya terhenti.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON PERMIT?

  1. Bagaimana saya boleh membuat permohonan permit?

Anda boleh membuat permohonan dengan mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Klik “Jana Kod QR”
  2. Pilih  jenis permit yang anda pohon:

Membeli Makanan dan Keperluan Harian (Ciri ini akan tersedia pada 1 Mei 2020)

  1. Pilih waktu yang sesuai

Anda akan diberikan Kod QR yang diluluskan dan sah dalam slot masa yang 

diberikan

                            Nota: Anda hanya dibenarkan untuk memohon membeli makanan dan keperluan

                            harian tiga (3) kali seminggu.

                          Rawatan Perubatan (Ciri ini akan tersedia pada 1 Mei 2020)

  1. Anda akan diberikan Kod QR yang diluluskan dan sah setiap hari

Nota: Tidak ada batasan kekerapan setiap minggu untuk permohonan ini, namun pengguna perlu melengkapkan permohonan ini dengan mengemukakan dokumen sokongan di checkpoint

Kecemasan (Ciri ini akan tersedia pada 1 Mei 2020)

  1.   Anda akan diberi Kod QR yang diluluskan yang sah setiap hari

Nota: Tidak ada batasan kekerapan setiap minggu untuk permohonan ini, namun pengguna perlu melengkapkan permohonan ini dengan mengemukakan dokumen sokongan di checkpoint

Aktiviti-aktiviti Perlu (Ciri ini akan tersedia pada 1 Mei 2020)

  1. Pilih slot masa pilihan anda
  2. Anda akan diberi Kod QR yang diluluskan yang sah setiap hari

Nota:   Anda hanya akan dibenarkan untuk membuat permohonan seminggu   sekali dan anda mesti mengemukakan dokumen sokongan di checkpoint

  •   Apa saya boleh buat dengan Kod QR ini?

Kod QR dijana berlandaskan permohonan permit anda. Anda boleh kemukakan ketika

di checkpoint semasa tempoh PKP untuk pihak berkuasa imbas dan sahkan.

  • Bagaimana saya boleh memohon untuk Perjalanan Antara Negeri?

  Anda boleh berbuat demikian dengan:

  1. Klik “Jana Kod QR”
  2. Pilih Perjalanan Antara Negeri sebagai sebab untuk pohon permit
  3. Anda akan menerima maklumat berikut:
    Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima.  Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.
  • Bilakah permit Perjalanan Antara Negeri dapat digunakan?

Permit Perjalanan Antara Negeri akan bermula daripada 29 April 2020.

Mulai 29 April, PDRM akan membuat pengumuman mengenai perjalanan antara negeri.

Pengguna kemudiannya perlu memohon permit untuk perjalanan antara negeri bermula 1 Mei 2020.

Nota Penting: Anda hanya dibenarkan untuk melakukan perjalanan mulai 1 Mei 2020 dan anda dikehendaki untuk memohon permit pada hari perjalanan anda.

PELAKSANAAN GERAK MALAYSIA OLEH POLIS

  • Bila saya boleh mula menggunakan aplikasi Gerak Malaysia?

Polis akan mula menggunakan Aplikasi Gerak Malaysia di checkpoint mulai 1 Mei 2020

  • Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan berkenaan aplikasi ini?

E-mel kepada:

  • info@gerakmalaysia.gov.my
  • feedback@gerakmalaysia.gov.my
  • maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
  • aduan@gerakmalaysia.gov.my
  • complaint@gerakmalaysia.gov.my
Previous post

Pengecasan Kenderaan ke Kenderaan Elektrik Dilakukan Di China

Next post

Adakah OPEL Akan Kembali Ke Malaysia?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *