Promosi / Tawaran / Peraduan

Beli Kereta Volkswagen Dari Rumah

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan bilik pameran dalam talian (eShowroom) bagi mereka yang ingin membeli kereta Volkswagen.

Ini adalah berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan semua wakil pengedar Volkswagen di seluruh negara ditutup sementara waktu demi keselamatan pelanggan dan kakitangan.

“Volkswagen eShowroom dicipta sebagai penyelesaian alternatif untuk pelanggan kami yang masih berminat untuk membeli kereta Volkswagen semasa tempoh PKP, dengan tawaran menarik yang kami percaya dapat memudahkan proses pembelian,” kata Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM.

Untuk bulan April, Volkswagen eShowroom dan kedai flagship di Lazada menawarkan penjimatan tambahan dan tawaran menarik untuk model-model terpilih seperti berikut:

ModelPenjimatan StandardPenjimatan Dalam TalianJumlah PenjimatanTawaran Eksklusif Dalam Talian
PoloRM3,000RM1,500RM4,500 
Vento ComfortlineRM6,000RM1,500RM7,500 
Vento HighlineRM3,000RM1,500RM4,500 
BeetleRM5,000RM3,000RM8,000 
Golf R-Line RM3,500RM3,500 
Golf GTI & RRM2,000RM6,000RM8,000 
TiguanRM2,000RM4,000RM6,000Insurans percuma selama 1 tahun bernilai RM4,500 dan rebat petrol percuma 1 tahun bernilai RM2,500
Passat EleganceRM2,000RM4,000RM6,000Insurans percuma selama 1 tahun bernilai RM5,500

*Penjimatan adalah untuk kereta yang ditempah dari 1 hingga 30 April 2020

Previous post

Geely Jenama Auto China No.1 2019 - 1.362 Juta Dijual

Next post

Maserati Levante Trofeo Terima Sentuhan Magis Novitec

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *