Gaya Hidup / Lifestyle

Ingin Pulang ke Ibu Kota? Daftar di Aplikasi Gerak Malaysia

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga akan berakhir dalam masa kurang dari tujuh hari dan jika tiada sambungan, orang ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing pastinya ingin kembali ke ibu kota.

Untuk itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa mereka yang berhasrat untuk berbuat demikian boleh mendaftar diri melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas 1 Mei setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), aplikasi Gerak Malaysia boleh dimuat turun menerusi App Store dan Play Store.

Sementara itu, mereka yang tiada kemudahan Internet boleh mendaftar di balai polis berdekatan tetapi janji temu perlu dibuat terlebih dahulu.

Berdasarkan pengalaman kami, pendaftaran di aplikasi tersebut agak mudah. Anda hanya perlu mengesahkan nombor telefon anda dan mengisi maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan atau pasport serta emel.

Cuma sedikit merisaukan apabila aplikasi ini meminta untuk mengakses data Aktiviti Fizikal dan Lokasi telefon anda setiap masa. Pada pendapat kami, ini mungkin untuk memudahkan pihak berkuasa memantau pergerakan anda.

Seterusnya, aplikasi ini akan menjana kod QR yang unik untuk anda. Menurut penerangan yang terdapat pada aplikasi, kod QR tersebut akan digunakan untuk “membolehkan pergerakan semasa dan selepas PKP”.

Tidak mustahil kod QR tersebut boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan data pergerakan anda. Sebagai contoh, polis yang menjalankan sekatan jalan raya hanya perlu mengimbas kod tersebut untuk mengetahui sejarah pergerakan anda. Cara ini bukan sahaja menjimatkan masa malah boleh mengelakkan penipuan.

Previous post

Ducati PJ Sedia Terima Kunjungan Pelanggan Selepas PKP

Next post

Lotus Kini Dengan Secara Rasmi Sudah Kembali Ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

5 Comments

  1. TASNIM BILAH IZZAH BINTI BADERUL HISAM
    26/04/2020 at 2:17 pm — Reply

    Alamat tu alamat tempat tinggal skrg, atau alamat yg kita ingin blk

    • 27/04/2020 at 10:23 am — Reply

      Alamat tempat tinggal yang anda ingin balik.

      • lily
        29/04/2020 at 12:51 am — Reply

        aduh asal ek .. cod qr tak timbul

  2. Ruzaini
    27/04/2020 at 3:05 pm — Reply

    Macam mana nak tahu lulus ke x..sbb dia trus naik kod QR

  3. 30/04/2020 at 11:34 pm — Reply

    Kalau dapat kod QR maknanya dah luluslah tu.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *