ETCM Lanjut Tempoh Waranti Kenderaan Nissan 30 Hari
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengesahkan bahawa waranti pelanggan yang tamat tempoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akan dilanjutkan selama 30 hari dari hari terakhir PKP.
Menurut syarikat itu, waranti sedia ada pelanggan akan kekal sah walaupun penyelenggaraan berjadual tidak dapat dilakukan dalam tempoh PKP.
Pelanggan bagaimanapun digesa untuk membuat penjadual semula temu janji dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir bagi memastikan waranti kenderaan mereka kekal aktif.
Penjadualan semula temu janji boleh dilakukan menerusi aplikasi DriveOn, laman web Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS), pusat panggilan atau tempahan terus dengan pusat servis TCEAS.
Bagi menampung peningkatkan jumlah temu janji selepas PKP, TCEAS akan melanjutkan waktu operasi mereka Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 8 malam, manakala untuk Kelantan dan Terengganu dari Ahad hingga Khamis.
No Comment