Hyundai Sambung Semula Operasi Pusat Servis
Hyundai-Sime Darby Auto Motors (HSDM) mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk menyambung semula operasi pusat servis.
Menurut syarikat itu, kesemua pusat servis Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) telah dibuka semula.
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya pelanggan yang mempunyai janji temu servis akan diterima bagi memastikan jumlah kakitangan servis dan pelanggan berada pada tahap minimum.
Semua pusat servis SDAH turut menerapkan amalan kesihatan dan keselamatan seperti penjarakan sosial, pembasmian kuman dengan kerap, pemeriksaan suhu badan kakitangan dan pelanggan serta penyediaan cecair pencuci tangan.
Untuk membuat janji temu, pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat. Berikut adalah senarai nombor telefon pusat servis Hyundai:
- Ara Damansara, Petaling Jaya (03-7628 2500)
- Old Klang Road, Kuala Lumpur (03-7984 5388)
- Skudai, Johor (07-2340 714)
- Ipoh, Perak (05-2533 399)
- Prai, Pulau Pinang (04-3997 788)
- Georgetown, Pulau Pinang (04-2811 210)
Selain itu, HSDM turut melancarkan program lanjutan waranti Hyundai CARE. Menerusi program ini, kenderaan dengan waranti yang tamat antara 18 Mac dan 28 April 2020 akan dilanjutkan sehingga 31 Mei 2020.
Bagaimanapaun, jika tempoh PKP dilanjutkan lagi, lanjutan waranti selama 30 hari akan diberikan dari hari terakhir PKP.
No Comment