Jualan Mitsubishi Triton Naik 0.9%
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa jualan Mitsubishi Triton mencecah 5,762 unit bagi tahun kewangan 2019 (April 2019 – Mac 2020), mewakili peningkatkan sebanyak 0.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, menurut syarikat itu, segmen trak pikap mengalami penurunan sebanyak 21% dalam tempoh masa yang sama.
Dari Januari hingga Mac 2020, Triton mengekalkan bahagian pasaran sebanyak 22%. Bahagian pasaran model itu untuk tahun kewangan 2019 ditutup pada 17%, 1% lebih tinggi berbanding berbanding sasaran awal MMM.
Selain itu, untuk keseluruhan tahun kewangan 2019, Triton double cab turut mendahului segmen trak pikap di tiga buah negeri iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Kedah.
“Sektor automotif kemungkinan akan terus berada dalam tekanan akibat pandemik COVID-19 tetapi sangat penting bagi syarikat memberi tumpuan kepada yang positif sambil merancang pertumbuhan perniagaan setelah keadaan bertambah baik,” kata Tomoyuki Shinnishi, ketua pegawai eksekutif MMM.
No Comment