Kia Lancar Program Lanjutan Waranti
Kia Motors Corporation telah mengumumkan pelancaran Kia Promise, program lanjutan waranti global yang dirangka untuk membantu pelanggan jenama itu yang terbatas pergerakannya akibat pandemik Covid-19.
Kia Promise disediakan di 142 buah negara (termasuk Malaysia) dan meliputi semua kenderaan jenama Kia dengan waranti yang berakhir di antara 1 Februari dan 30 April 2020.
Dengan program ini, waranti kenderaan yang layak akan dilanjutkan sehingga 30 Jun hadapan. Program ini dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 pelanggan Kia di seluruh dunia.
“Matlamat kami adalah untuk membantu mengurangkan kebimbangan pelanggan kami mengenai penyelenggaran kenderaan semasa tempoh penjarakan sosial ini,” kata Sangdae Kim, Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan Global Kia.
Kia Motors berkata bahawa syarikat sentiasa memantau perkembangan Covid-19 di negara-negara di mana ia menjalankan perniagaan. Ia juga mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mencegah penularan virus itu di fasilitinya menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.
No Comment