Operasi Pusat Servis Volkswagen Disambung Semula
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan bahawa majoriti pusat servis Volkswagen di seluruh negara telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi semula.
Pusat-pusat servis yang dibenarkan beroperasi itu akan dibuka pada hari dan waktu yang telah ditetapkan oleh garis panduan. Pemilik dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis masing-masing terlebih dahulu untuk membuat janji temu.
Menurut VPCM, pemilik dan petugas barisan hadapan (frontliners) yang telah mendaftar dengan kempen selepas jualan ‘Welcome Back’ akan diberi keutamaan, tertakluk pada ketersediaan slot.
Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan dan pelanggan, semua pusat servis Volkswagen akan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti berikut:
- pembasmian kuman secara kerap di premis
- pemeriksaan suhu badan
- penerimaan kenderaan tanpa kontak
- sanitasi kenderaan sebelum dan selepas servis
- pengaturan ambil dan hantar (pick-up and drop-off) dengan pengedar terpilih
No Comment