Promosi / Tawaran / Peraduan

SDAC Tawar Rebat RM7,000 Untuk Ford Ranger WildTrak

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini mengumumkan bermulanya promosi Ford Ranger WildTrak di mana pelanggan berpeluang menikmati rebat tunai bernilai RM7,000 dengan setiap pembelian model itu.

“Kami tahu bahawa Ford Ranger WildTrak memang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Oleh itu, kami menawarkan rebat tunai sebanyak RM7,000 bermula hari ini, dan kami berharap ini dapat mengurangkan beban kewangan kepada pelanggan kami yang berhasrat untuk menjadi pemilik Ford Ranger WildTrak kebanggaan mereka.” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat penjimatan sehingga RM9,000 untuk Ranger XLT 2.2L, RM8,000 untuk Ranger XLT Special Edition dan RM7,188 untuk XLT Plus menerusi Promosi Rangkaian Ford Ranger XLT yang berlangsung sehingga 31 Mei 2020.

Semua model Ford Ranger didatangkan dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana tiba dahulu.

Pelanggan yang berminat dengan promosi-promosi ini boleh terus menghubungi Jurujual Digital Ford di antara jam 9 pagi – 4 petang pada hari Isnin- Jumaat. Pelanggan hanya perlu menghubungi talian WhatsApp +6019-2041200 untuk memulakan perbualan di mana semua pertanyaan akan dilayan dalam masa 24 jam ataupun pelanggan juga boleh melayari laman web www.sdacford.com.my.

“Pada ketika ini, kami juga menyeru kepada semua agar terus tabah dan sentiasa berfikiran positif. Kita semua juga harus terus sentiasa memiliki sifat tanggungjawab sosial dengan mengambil tahu situasi semasa di samping sentiasa mengamalkan kebersihan diri,” tambah Syed Ahmad Muzri lagi.

Previous post

McLaren Senna Novitec - 889 hp, 888 Nm

Next post

Nissan 400Z Bakal Hadir Dengan Enjin Twin-Turbo V6

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *