Tiga Varian Istimewa D-Max Rekaan Isuzu UK
Isuzu UK memperkenalkan tiga varian D-Max yang berasaskan model facelift generasi kedua. Ketiga-tiganya sepatutnya membuat kemunculan di Commercial Vehicle Show namun acara itu telah dibatalkan berikutan pandemik koronavirus.
D-Max GO2
D-Max GO2 merupakan projek khas yang dihasilkan untuk menunjukkan betapa mudahnya D-Max dapat ditukar menjadi jentera off-road yang ekstrem.
Menggunakan varian Utah sebagai asas, D-Max GO2 didatangkan dengan pelbagai kelengkapan seperti:
- ARB Sahara Bar
- Britpart Pulling Power Winch
- Kit perlindungan bawah badan
- Pelindung ‘differential’ belakang
- Bar lampu Lazer Light
- Snorkel Safari
- Rim 16 inci dengan tayar General Grabber X3 Mud Terrain berukuran 33 inci
- Sistem brek Pedders
- Sistem suspensi Pedders TrakRyder eXtreme
- Anti-roll Bar Pedders pada bahagian belakang
- Pro-Lift Tailgate Assist
D-Max XTR Colour Edition
D-Max XTR merupakan varian yang dijual di pasaran UK yang hadir dengan ciri-ciri seperti rim aloi 17 inci dengan padanan tayar Pirelli Scorpion All-Terrarin Plus dan stereng ‘flat-bottom’.
XTR Colour Edition ini pula hadir dengan penambahan seperti berikut:
- Pelindung bampar hadapan, pelindung bonet, bingkai lampu hadapan dan spoiler kini mengikut warna badan
- Cermin sisi, pemegang pintu dan ekzos berwarna hitam
- Warna hijau lencana, anti-roll bar dan peredam
Seperti XTR biasa, XTR Colour Edition boleh didapati dalam warna Splash White, Titanium Silver Met, Obsidian Grey Mica dan Cosmic Black Mica tetapi ia akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad.
D-Max Tipper
Berasaskan model Utility Extended Cab, D-Max Tipper menggabungkan ketahanan D-Max dengan badan ‘tipper’ yang ringan.
Ia mempunyai ruang bed ‘Tippadeck’ berukuran 1,977 mm panjang dan 1,800 mm lebar dengan lantai panel aloi setebal 18 mm dan papan sisi dan belakang (sideboard dan tailboard) berketinggian 300 mm.
Tailboard tersebut mempunyai dua engsel, bermakna ia boleh dibuka sehingga 180 darjah sama ada dari atas atau bawah.
No Comment