Bilik Pameran dan Pusat Servis Nissan Dibuka Semula
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan bahawa semua bilik pameran dan pusat servis kini dibuka dengan waktu operasi yang disemak semula.
Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Nissan akan menjalankan pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial untuk semua kakitangan dan pelanggan.
Bukan itu sahaja, kakitangan Nissan akan memakai topeng muka manakala topeng muka, sarung tangan dan cecair pencuci tangan juga disediakan secara percuma untuk pelanggan.
Pembasmian kuman secara kerap juga akan dilakukan di bilik pameran dan pusat servis, termasuk pada kenderaan pameran dan pandu uji serta semua kenderaan pelanggan sebelum dan selepas servis. Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan pada waktu ini.
Orang ramai boleh menyemak waktu operasi bilik pameran dan pusat servis Nissan di www.nissan.com.my atau www.tceas.com.
Menurut ETCM, semua pendaftaran dan penyerahan kenderaan akan disambung semula secara berperingkat setelah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka semula perkhidmatan tambahan bermula 13 Mei 2020.
No Comment