Motosikal / Skuter / Roda

BMW S 1000 RR Kini di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia secara rasminya melancarkan BMW S 1000 RR versi terbaharu yang membawakan inovasi enjin yang terkini serta keterampilan dinamik.

Superbike berprestasi tinggi ini menampilkan rangka ‘Flex Frame’ yang membentuk tangki bahan api yang lebih langsing, dan memberikan keselesaan dan sokongan yang lebih baik.

Kuasa dibekalkan oleh enjin empat silinder sebaris berkapasiti 999 cc yang menghasilkan 207 hp pada 13,500 rpm dan 113 Nm pada 11,000 rpm Ia juga dilengkapi dengan dengan BMW ShiftCam Technology yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.

Superbike ini dilengkapi dengan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Mod-mod ini juga mengawal fungsi Dynamic Traction Contro (DTC) dan ABS Pro. Turut disertakan adalah Hill Start Control dan HP Shift Assistant Pro.

Dari segi kelengkapan, S 1000 RR hadir dengan tangki bahan api aluminium dan roda aluminium, lampu LED, skrin TFT 6.5 inci lengkap dengan ciri Connectivity, sensor jatuh serta tuil klac dan brek tangan boleh laras. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Racing Red dan Hockenheim Silver Metallic.

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans, termasuk jaminan dan bantuan tepi jalan selama tiga tahun) bagi BMW S 1000 RR adalah RM116,500.

Dengan Pelan Pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, motosikal ini boleh dimiliki dengan ansuran bulanan RM1,420.00 berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh empat tahun.

Previous post

Ini Dia Nissan GT-R50 Italdesign Versi Produksi

Next post

Harga Minyak Naik Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *