Cara Volvo Car Malaysia Menggalakkan Penjarakan Sosial
Menerusi kempen ‘Ramadan Safe Pledge’ yang bermula dari hari ini hingga 23 Mei depan, Volvo Car Malaysia akan memberi ganjaran berbentuk baucar GrabFood bernilai RM10 kepada rakyat Malaysia yang berjanji untuk menjaga penjarakan sosial.
Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu menunjukkan solidariti dengan menyiarkan semula (repost) di Instagram salah satu daripada lima gambar berbeza yang terdapat di microsite kempen. Satu lagi cara adalah dengan mengklik pautan di bio Instagram Volvo Car Malaysia atau melalui Instagram Stories.
Jangan lupa untuk tag @VolvoCarMalaysia dan sertakan hashtag #MYVolvoSafePledge dalam kirim anda. Anda hanya boleh mengambil bahagian sekali sahaja. Volvo Car Malaysia akan memilih 500 penyertaan setiap hari.
Di samping itu, Volvo Car Malaysia juga telah mengumumkan tawaran Hari Raya khas yang merangkumi pakej perkhidmatan penyelenggaraan lima tahun (VSA5 +) untuk pemilik baru, pakej Recharge untuk model terpilih bernilai hingga RM30,888 dan Wallbox Hager untuk varian PHEV terpilih bernilai hingga RM8,000.
Bukan itu sahaja, sebarang tempahan yang dibuat secara dalam talian akan menerima pakej Polestar Optimization percuma bernilai RM5,250.
No Comment