Bisnes

Ferrari Tangguh Pelancaran Dua Model Baharu

Kesan ekonomi akibat wabak COVID-19 kini mula dirasakan oleh industri automotif dunia. Ferrari, seperti yang dilaporkan oleh Automotive News Europe, terpaksa menangguhkan pelancaran model terbarunya dalam tiga hingga empat bulan.

Jenama Prancing Horse itu sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan dua model baharu pada tahun ini namun kehadiran pandemik tersebut memaksa syarikat itu untuk menilai semula rancangannya.

Menurut laporan tersebut, Ferrari akan mengambil langkah pengurangan kos dan modal pelaburan untuk tahun 2020. Ketua pegawai eksekutif Ferrari Louis Camilleri berkata ini akan menyebabkan kelewatan sesetengah model namun ada model-model tertentu yang akan tiba tepat pada waktunya.

Bukan itu sahaja, Ferrari juga menjangkakan kemerosotan jualan sebanyak empat hingga 15 peratus berbanding tahun lalu. Namun, ia merancang untuk meneruskan penyerahan empat daripada lima model yang diperkenalkan pada tahun lalu. Setakat ini, hanya F8 Tributo telah mula diserahkan kepada pelanggan, manakala tiga model lagi akan menyusul pada suku kedua tahun ini.

Previous post

Lotus Rai Kejayaan Dalam Formula 1 Dengan Elise Classic Heritage Edition

Next post

Roewe Marvel X Dan Marvel R Buat Boyue Nampak Old School

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *