Ford Ranger FX4 Bakal Dilancarkan Pada 3 Jun
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) bakal memperkembangkan barisan Ford Ranger dengan varian baharu yang dikenali sebagai FX4. Ia akan dilancarkan secara langsung melalui YouTube dan Facebook Live pada 3 Jun jam 11 pagi.
Seperti versi terdahulu, Ranger FX4 baharu tampil dengan pelbagai komponen berwarna hitam yang memberikannya imej yang lebih garang. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri standard seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) dan lampu Daytime Running Lights (DRL).
Turut disertakan adalah dua beg udara, Limited Slip Differential, Hill Descent Control, Hill Launch Assist, ABS dengan EBA, EBD, cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Electronic Stability Control with Traction Control, Rollover Mitigation, Trailer Sway Control dan Adaptive Load Control.
150 pelanggan pertama yang membeli Ranger FX4 akan menerima pakej aksesori percuma bernilai RM5,398 yang terdiri daripada bar sporti berwarna hitam, filem cermin gelap dan perakam video digital (DVR).
Mereka yang ingin membuat tempahan awal boleh berbuat demikian menerusi aplikasi Whatsapp Jurujual Digital Ford di talian +6019-204 1200 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, kecuali pada cuti umum.
Saksikan pelancaran ini secara siaran langsung melalui YouTube dan Facebook Live.
No Comment