Logo Baharu Volkswagen Dilancarkan di Malaysia
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pengenalan logo baharu Volkswagen di Malaysia. Logo itu mewakili visi baharu jenama itu yang memfokuskan pada aplikasi digital dan elemen manusia.
Tidak seperti sebelum ini, logo baharu Volkswagen lebih moden dan ringkas, dengan reka bentuk dua dimensi yang menjadikannya lebih mudah untuk diadaptasi secara digital.
Menurut Volkswagen, perubahan ini turut merangkumi simbol-simbol baharu jenama seperti piktogram, tipografi, warna serta garis panduan susun atur.
Bukan itu sahaja, Volkswagen buat pertama kalinya akan menggunakan suara wanita untuk sebutan jenama sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula syarikatnya.
Kempen penjenamaan semula Volkswagen adalah antara yang terbesar di dunia, melibatkan lebih 171 pasaran dan 10,000 pengedar. Di Malaysia, sebanyak 21 pengedar akan dirombak secara luaran dan dalaman secara berperingkat.
Laman sesawang dan semua saluran media sosial Volkswagen Malaysia juga telah dirombak sejajar dengan reka bentuk baharu jenama itu. Laman sesawang tersebut menampilkan navigasi pengguna yang lebih ringkas dan boleh diakses menerusi komputer atau telefon pintar, dengan maklumat komprehensif mengenai barisan model, penawaran jualan dan selepas jualan, tempahan pandu uji, maklumat rangkaian pengedar dan seksyen cerita dan bilik cerita.
No Comment