Mercedes-Benz Dedah Teaser S-Class W223
Semasa sesi temu ramah ‘Meet Mercedes Digital’ yang diadakan baru-baru ini, ketua pegawai eksekutif Daimler Ola Källenius telah mendedahkan imej teaser bagi Mercedes-Benz S-Class generasi baharu (W223).
Källenius tidak memberikan sebarang perincian mengenai model tersebut namun beliau menggelarkannya sebagai “technological tour de force”, bermakna ia bakal menampilkan pelbagai teknologi baharu yang serba canggih.
Dari segi penampilan, S-Class akan mengguna pakai reka bentuk lampu yang lebih nipis seperti yang terdapat pada E-Class W213 versi facelift.
Jika dibandingkan dengan model sedia ada pula, S-Class baharu dilihat mempunyai jeriji yang lebih besar dan lebih bersegi. Ia juga terpisah daripada hud, tidak seperti model sekarang.
Sementara itu, bahagian bampar pula menampilkan lubang ambilan udara tunggal yang dihiasi dengan bilah melintang dan kemasan krom.
Menurut Källenius, S-Class baharu akan diperkenalkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini walaupun dengan keadaan yang tidak menentu akibat wabak COVID-19. Bagi versi elektrik iaitu EQS, beliau mengesahkan bahawa model tersebut akan dilancarkan pada tahun hadapan.
No Comment