Berita Auto

Mitsubishi Galant GTO Sambut Ulangtahun Ke 50nya

Adakah anda mengenali sesiapa yang memiliki unit yang masih berjalan?

Kita masih ingat ketika pertengahan tahun 1980-an pergi bersama rakan-rakan yang berpikiran sama untuk menyaksikan perlumbaan jalanan haram di Cheras, Kuala Lumpur. Pada masa itu, bahagian Cheras yang kurang maju mempunyai jalan dua lorong yang baik dengan 3 selekoh kecil dan lurus laju sebelum selekoh kanan tajam yang diikuti dengan ‘u’ turn untuk balik dan melakukannya semuanya lagi.

Di sinilah kita melihat Sabtu demi Sabtu coupe 2 pintu Mitsubishi yang sama menang melawan beberapa Datsun 160J SSS dan Ford Escort. Coupe Mitsubishi ini mempunyai garis seperti Celica GT 2000 dan hidung SSS dan ianya laju dan ramping.

Kemudian kami mendapat tahu bahawa ini adalah kereta yang agak jarang di Malaysia, Galant GTO. Hanya sebilangan kecil kereta ini yang masuk ke Malaysia dan kebanyakannya dibeli oleh hartawan perlombongan Ipoh sebagai kereta hujung minggu dan peniaga Pulau Pinang yang menyukai penampilan kereta lumbanya.

Mitsubishi Galant GTO
Mitsubishi Galant GTO
Mitsubishi Galant GTO
Mitsubishi Galant GTO

Ini juga salah satu dari banyak Mitsubishi yang dipromosikan oleh pelakon Jackie Chan dalam filem awalnya. Sebuah kereta gangster kegemaran filem Hong Kong, GTO dicari-cari pada masa itu dan juga sekarang.

Harus diingat bahawa nama GTO juga digunakan oleh Ferrari dan juga pengeluar kereta Amerika Pontiac.

Jadi, mengapa Mitsubishi Coupe ini laju? Well, ia dilengkapi dengan enjin 1995cc 4G32 pacuan roda belakang dengan camshaft double overhead yang menghasilkan 123bhp pada 6,200rpm dan tork 171Nm pada 4,200rpm. Beratnya hanya 1016kg dan ini memberikan masa pecutan 0-100km / j sekitar 10.5 saat yang dikira terror pada tahun 1970. Kelajuan tertinggi adalah 200km / j.

Sekarang, kira-kira 50 tahun kemudian, ianya sangat sukar untuk berjumpa dengannya di jalan raya tetapi kami yakin terdapat beberapa unit di seluruh negara yang reput di bengkel bandar-bandar kecil. Nilainya di pasaran kereta klasik boleh menjadi setinggi RM50,000 untuk unit yang asal dan serendah RM5,000 untuk baldi karat yang duduk di perkarangan kampung.

Mitsubishi Galant GTO front view
Mitsubishi Galant GTO side view
1970 Mitsubishi Galant GTO interior

Kenyataan Media: Mitsubishi showed the Galant Coupe GTX-1 at the Tokyo Motor Show in the fall of 1969 where it went down an absolute storm. It had a long nose, a short cabin and elegant styling – all developed to make a big splash in the sector for cutting-edge sporty cars.

It launched in November 1970 and was called the Mitsubishi Galant GTO. The long, low bonnet and ducktail rear reduced drag and the GTO-MR performance version was powered by Mitsubishi’s first DOHC (Double Overhead Cam) engine which generated 125 PS. With seven gauges and dials, the instrument panel gave the driver the feeling of sitting in the pilot’s seat of an aircraft. It was one of the most highly regarded cars ever to grace the Japanese Market.

The name GTO stands for Grande Tourismo Omologato (often shortened to GT) which translates as ‘approved grand tourer’. It signifies a performance car, capable of high speed long distance driving.


Previous post

Hanya Geely Haoyue 7-Seater FWD Dilancarkan Dalam Talian Buat Masa Ini

Next post

Alfa Romeo Ini Ada Kuasa 500bhp Yang Menakjubkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *