Motosikal / Skuter / Roda

MODENAS Tawar Rebat Tunai RM1,000 Untuk Dominar D400

Dari sekarang hingga 31 Ogos 2020, pelanggan yang membeli Modenas Dominar D400 akan menikmati rebat tunai bernilai RM1,000 menerusi kempen Dominasi Impianmu yang dilancarkan oleh syarikat itu.

Dengan rebat tunai tersebut, harga Dominar D400 menurun dari RM13,788 ke RM12,788 (tidak termasuk insurans), menjadikannya model paling mampu milik dalam segmen ‘touring’.

Dengan berat mencecah 182 kg, Dominar D400 mendapat kuasanya dari enjin DTS-i sejukan cecair, silinder tunggal yang menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 35 hp pada 8,000 rpm dan 35 Nm pada 6,500 rpm.

Ia dilengkapi dengan brek cakera 320 mm dengan angkup dua omboh di hadapan dan cakera 230 mm dengan angkup omboh tunggal di belakang. Tugas suspensi dilakukan oleh fork teleskopik 43 mm dan suspensi monoshock boleh laras.

Motosikal ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna dan didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu.

Layari modenas.my untuk mencari wakil pengedar sah MODENAS terdekat anda. Untuk acara dan promosi yang eksklusif, ikuti halaman Facebook dan Instagram rasmi MODENAS.

Pemilik MODENAS yang ingin menghantar motosikal mereka untuk servis boleh berbuat demikian kerana MODENAS sebelum ini mengumumkan bahawa pusat servis terpilihnya kini beroperasi empat hari seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Previous post

PUSPAKOM Sambung Operasi Sepenuhnya Hari Ini

Next post

Toyota Sambung Operasi Pemasangan di Bukit Raja

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *