Nikmati Diskaun 20 Peratus Untuk Alat Ganti MODENAS
Mulai sekarang sehingga 31 Julai 2020, pemilik MODENAS boleh menikmati penjimatan kos penyelenggaraan motosikal mereka melalui Pakej Servis MODENAS Prihatin.
Pakej ini menawarkan diskaun ke atas alat-alat ganti yang terpilih, caj buruh dan banyak lagi dan boleh didapati di pusat-pusat servis MODENAS yang terpilih di seluruh negara.
Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata, “Sebagai penghargaan kepada para pelanggan kami dan sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, Pakej Servis MODENAS Prihatin disediakan dengan menawarkan nilai yang hebat kepada para pelanggan yang ingin memastikan jentera mereka sentiasa berada dalam keadaan tunggangan yang optimum.”
Antara penjimatan yang menanti pelanggan adalah diskaun sehingga 20 peratus alat-alat ganti terpilih seperti penapis minyak, minyak enjin, alas brek, palam pencucuh. Turut disertakan adalah perkhidmatan percuma
seperti pemeriksaan 16 poin dan pengimbasan ECU.
Model-model yang layak untuk pakej ini adalah Dominar D400, Pulsar NS200 dan RS200, V15, Downtown 250, Elegan 250, Karisma 125 dan pelbagai varian Kriss seperti Kriss MR1, Kriss MR2 dan Kriss 110.
Pusat-pusat servis ini hanya akan melayani pelanggan yang membuat temu janji. Pelanggan boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis. Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135.
No Comment