Berita Auto

Pusat Servis dan Bilik Pameran Mitsubishi Kembali Beroperasi

Kebanyakan bilik pameran dan pusat servis Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah beroperasi sejak 4 Mei lalu.

Bagaimanapun, pelanggan masih perlu menghubungi pusat servis terdekat terlebih dahulu untuk membuat janji temu kerana ‘walk in’ tidak akan dibenarkan. Pelanggan digalakkan untuk meninggalkan kereta mereka di pusat servis dan datang semula selepas selesai.

Menurut MMM, tempat duduk dan stereng akan dialas dengan pelapik semasa proses servis. Pelapik tersebut kemudian akan dibuang. Setiap kenderaan juga akan disanitasi sebelum diserahkan semula kepada pelanggan.

Bagi memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan mereka, MMM akan mempraktikkan amalan-amalan pencegahan seperti:

  • pemeriksaan suhu badan
  • penyediaan cecair pencuci tangan di pintu masuk bilik pameran
  • pemakaian topeng muka ketika berada di dalam bilik pameran
  • penjarakan sosial
  • sanitasi secara kerap di bilik pameran
  • sanitasi kenderaan pameran dan unit pandu uji

Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.mitsubishi-motors.com.my/.

Previous post

BMW akan melancarkan kereta elektrik tulen empat pintu pada tahun 2021

Next post

Pusat Servis MODENAS Dibuka 4 Hari Seminggu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *