Motosikal / Skuter / Roda

Pusat Servis MODENAS Dibuka 4 Hari Seminggu

MODENAS kini telah menambah hari operasi untuk pusat servis bertauliah MODENAS yang terpilih kepada empat hari seminggu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh kerajaan.

Sebelum ini, syarikat itu memberitahu bahawa pusat servisnya dibuka dua hari seminggu pada hari Isnin dan Khamis.

Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard pandemik Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan setiap masa.

Berikut adalah senari pusat servis yang akan dibuka untuk perniagaan:

  • Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
  • Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor

Bermula 4 Mei, pusat-pusat servis tersebut akan beroperasi dari Isnin hingga Khamis, 10 pagi hingga 4 petang.

MODENAS juga kini telah memulakan operasi untuk perniagaan alat ganti untuk menyokong rangkaian stokis. Pelanggan boleh membeli alat ganti mereka dari Pusat Perkhidmatan MODENAS atau di mana-mana stokis yang diberi kuasa mengikut senarai di bawah.

Previous post

Pusat Servis dan Bilik Pameran Mitsubishi Kembali Beroperasi

Next post

300,000 Rakyat Malaysia Dibenarkan Rentas Negeri Dari 7-10 Mei

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *