Pusat Servis Perodua Terpilih Kembali Beroperasi
Perodua telah mengumumkan penyambungan semula operasi di pusat servis terpilih di seluruh negara.
Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Perodua terlebih dahulu untuk memeriksa hari dan waktu operasi outlet servis, dan juga untuk membuat janji temu. Cari pusat servis Perodua terdekat di sini.
Selain itu, pelanggan juga boleh menempah janji temu menerusi UFirst E-Appointment.
Untuk mengekang penyebaran COVID-19, langkah-langkah keselamatan seperti pemeriksaan suhu, penggunaan topeng muka dan cecair pencuci tangan serta jarak sosial dilaksanakan di semua premis Perodua. Kenderaan juga akan dibersihkan sebelum dikembalikan kepada pemiliknya.
Bagi tujuan pengesanan kontak, pelanggan perlu mengisi maklumat peribadi (nama, nombor pendaftaran kenderaan dan nombor telefon) sebelum memasuki premis.
No Comment